SEDOZEN
KESILAPAN SUAMI KETIKA DI RANJANG
Ini adalah sebahagian daripada koleksi saya
berkaitan kesilapan suami ketika diranjang. Mudah-mudahan dengan adanya catatan
ini, para suami dapat menjalankan tugas memberi nafkah batin dengan lebih
lancar dan memuaskan isterinya.
TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi
atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu,
bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.
MENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa
berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan
menyakitkan telinganya.
TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,
apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke
peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau
kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus
itu dari dicucuk duri landak.
MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua
tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa
yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu
meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut
dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.
JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan
menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh
payudara.
ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota
tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom
tiga anggota saja.
GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan
gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.
BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom
adalah tanggungjawab suami.
JANGAN JADI SHARP SHOOTER
......isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan
ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.
MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay), tubuh
isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan
rangsangan anda.
JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka
hadiah yang bernilai.